Alhamdulillah

Posted in AdSense, beautiful vacation on September 7, 2006 by Abu Ameer

Betapa saya bersyukur kepada Allah kerana, 24 jam yang lepas apabila saya buka e-mail saya, saya dapat satu mail dari google… dan katanya…Congratulation, permohonan anda untuk akaun adsense telah diterima… Senyum saya sampai ke telinga. Hmm begitulah manusia.
kalau anda selalu melayari laman web internet marketer dari Malaysia sebenarnya adsense ni adalah satu perkara yang biasa saja. Buat tak mengapa tak buat pun tak mengapa. Kalau hukum fiqh tu kita kata HARUS. Tapi peluang yang ada di depan mata, memberi faedah dan percuma ini tak seharusnya kita lepaskan.Cuba tengok Joel Comm misalnya, pendapatan adsense dia mencecah beribu USD untuk sehari. Itu baru sehari belum lagi sebulan?setahun? Maknanya bagi saya, penerimaan pemohonan untuk akaun adsense ni amat bermakna bagi saya. Lama juga menunggu, 4 hari la juga. So laman web saya yang pertama di ‘implement’ kan kod adsense tu ialah Beautiful and Fascinating Malaysia. Memang nama ni takde agaknya dalam enjin carian yang tersohor kerana saya masih mentah dalam teknik nak mencari traffic ke laman web saya ni. Apapun saya masih dalam proses untuk memperbaikinya. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar(memohon) akaun adsense google ni bolehlah pergi ke Laman Web beautiful vacation saya (Beautiful and Fascinating Malaysia) dan cari iklan Google Adsense dan klik atasnya

Nak Tahu Lanjut Tentang Adsense Google?

Posted in AdSense, Raja Adsense on September 5, 2006 by Abu Ameer

Bagi yang baru nak belajar, Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan dari pengiklanan di Google.Google tu adalah enjin carian no 1 dunia. Kalau tak tahu saya tak tahulah-saya pun baru aje tahu. Di Malaysia ni ada seorang yang boleh kata pakar dalam adsense ni. Walaupun sebenarnya ramai lagi tapi yang seorang ni, saya memang selalu pi website dia, so saya bagi dia title pakar la.Beliau dikenali sebagai Rajaadsense. Beliau mengendalikan Laman melayu yang mantap mengenai adsense…

jadi mengikut pemahaman saya adsense ni lebih kurang kita mengiklankan laman web org lain dalam kita punya web, apabila ada orang yang masuk web kita dan klik pada iklan untuk laman web orang lain tu, kita akan dapat duit.Lebih kurang gitulah, saya pun nak terang tak berapa pandai.Maklumlah baru aje belajar2 menulis.

maknanya wahai hadirin sekelian kita boleh berniaga ka sini dan semuanya percuma, berniaga apa pulak? berniaga papan iklanlah-lebih kurang..

Jadi untuk lebih jelas tentang adsense google ni saya syorkan anda belilah buku Panduan adsense Google yang Rajaadsense dah buat untuk orang malaysia, dalam bahasa melayu.

Ingat! jangan lepaskan peluang perniagaan tanpa MODAL ni.

Belilah Panduan Raja Adsense. Saya menegaskan di sini e-book ini memang sangat bagus untuk orang macam saya ni. Baru masuk tadika. Kalau anda rasa anda macam saya ni.Anda boleh membeli Panduan Raja Adsense di sini PANDUAN RAJAADSENSE

Nak apply akaun adsense

Posted in motivasi on September 5, 2006 by Abu Ameer

masuk hari ini dah 5 hari saya menunggu keputusan permohonan akaun adsense. Payah juga rupanya. First time baca ebook raja adsense yang free tu terasa teruja bebeno. terus apply. benarlah kata orang (tak ingat dah baca kat mana) nak mula dapt tu memang payah, banyak yang perlu diperbetulkan dalam site english tu. Kalau duplicate orang punya pun tak boleh bulat-bulat. macam-macam la.
Apapun saya akan menunggu lagi 2-3 hari, kalau tak respon juga maknanya saya punya permohonan tu salah le atau website tak sedap pada pandangan google. Bagi yang baru2 macam saya ni, kenalah banyak bersabar, mungkin belum rezeki dan teruskanlah usaha anda.

Bagaimana nak masukkan banner di sidebar wordpress?

Posted in Uncategorized on September 3, 2006 by Abu Ameer

Ni sebenarnya adalah soalan saya. Bukan saya nak cerita bagaimana. Baru aje gunakan wordpress ni. Sudah puas try n error nak keluarkan banner kat sebelah tepi. Tapi rasanya memang tak boleh. Kecuali kita ada host sendiri.agaknya la

Paypal

Posted in paypal on Ogos 31, 2006 by Abu Ameer

.

Apa itu paypal?..

Paypal ialah merupakan satu sistem akaun, yang membenarkan seseorang menghantar duit mereka, yang terdapat di dalam kad kredit atau akaun bank, kepada orang lain melalui akaun email anda dengan selamat dan cepat. Bagi pengguna e-bay ini adalah cara yang bisa digunakn. Ia juga merupakan satu kaedah yang paling murah bagi peniaga-peniaga di internet menerima bayaran kad kredit daripada pembeli.

Pendek cerita… dengan akaun paypal ini, peniaga-peniaga internet boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelangan-pelanggannya di website mereka dengan kos yang sangat murah.

Percuma je! tapi.. kena le bayar sikit lebih kurang RM5 semasa nak verify akaun paypal tu nanti!

Apapun, satu masalah besar bagi pengguna-pengguna paypal di Malaysia ialah, mereka tidak boleh mengeluarkan wang yang terkumpul di dalam akaun paypal mereka kat bank di malaysia ni. Caranya yang paling asas kena buka akaun bank US. pasal tu kat Malaysia ni tak laku sangat, orang suka guna on-line bank tempatan aje.

Macamanapun SEKARANG!! Sudah ada banyak cara bagi kita orang malaysia yg takde akaun bank US untuk mengeluarkan DUIT dari paypal!

Macamana caranya? nak mudah sekarang ni ada sebuah ebook panduan bagaimana mengeluarkan duit dari paypal dengan 3 langkah. Sebuah ebook karangan Mohd Hafiz .

So, apalagi. Haa satu lagi. PERCUMAAA…. DAFTARLAH SEKARANG di pra pelancaran ebook tersebut!

klik kat sini

>>>>

Salam Perkenalan kepada semua internet marketer

Posted in motivasi on Ogos 31, 2006 by Abu Ameer

Ini adalah post pertama saya dalam dunia bisnes internet. Tak tahu nak mula di mana.Apa nak buat? Nak jual apa?. suatu hari saya terjumpa laman kelolaan senior ketika belajar di universiti.Wahh.. pandainya dia. Dah jadi millionare marketer agaknya. Terus timbul satu minat untuk cuba menceburi bidang ini dengan lebih mendalam. Akhirnya adsense, affiliate,blog, wordpress menjadi titik permulaan bisnes saya. Nampak macam budak baru masuk tadika aje.
Apapun kepuasan dapat menjalankan bisnes yang amat mudah untuk dibuat ini telah menjadikan  saya bersemangat. Maka saya pun berceritalah kepada beberapa orang rakan sekerja.. tup tup dia bagi pinjam manual nak buat adsense. Apa lagi makin bersemangat le.Setakat ni saya dah ada dan sedang merancang beberapa blog, tapi belum pandai dan terer lagi berbanding dengan rakan-rakan internet marketer di malaysia ni. Kepada yang baru nak mula, jangan takut. buat aje. InsyaAllah.. keyakinan akan tiba.