Arkib untuk Kategori motivasi

The “come back”

Posted in motivasi dengan label on November 8, 2007 by Abu Ameer

bulansabit.jpg

    Salam sejahtera kepada pengunjung laman ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi genap setahun saya tidak meng-update blog ni. Sebelum tempohnya mencapai setahun . Hari ini saya akan membuka lembaran baru Bagi ‘Blog Mari Belajar Bisnes “on-Line” ini. Walaupun tajuknya begitu, sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar tentang itu. Terlalu ramai sifu yang berada di alam cyber ini yang jauh lebih berilmu dari saya. Sebenarnya blog ini menceritakan serba-sedikit perjalanan saya mencipta blog ini daripada A sampailah sekarang. Sekiranya ada di antara anda yang dapat memanfaatkan cerita saya ini pun sudah cukup memuaskan hati saya.

    Post yang terakhir pada 30 November 2006 ialah Balik kampung. Rasanya sudah terlalu lama balik kampung. Hari ni saya dah ada kat rumah. Dan rumah dah renovate sikit bagi cat gelap. Jemputlah datang ke rumah!

Sabar..Grateful is everything

Posted in Tazkirah, motivasi on November 15, 2006 by Abu Ameer

Baru-baru ini, saya kehilangan satu barang yang penting bagi saya. Mulanya hati berasa resah gelisah…. memikirkan siapa yang ambil? Macamana nak buat kerja? Macammana boleh cuai sangat ni? Dan bermacam-macam persoalan yang timbul… Barang tersebut adalah sebuah kamera digital yang saya dan keluarga gunakan untuk merakam peristiwa-peristiwa yang penting, kenangan keluarga, percutian, bisnes dan lain-lain. Dengan kamera inilah saya merakamkan gambar-gambar untuk dijelmakan di dalam blog saya beautiful vacation dan yang lain(akan datang). Nampaknya selepas ini susah la ’sikit’ nak buat kerja.

Tetapi Alhamdulillah setelah difikir-fikir, bertenang dan muhasabah. Saya redha dan beringat, mungkin ini adalah ujian Allah kepada saya. Harta yang kita perolehi ini bukan milik mutlak kita tetapi kita diberi nikmat harta itu sebagai satu amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Mungkin dengan hilangnya harta itu adalah baik bagi ita daripada memilikinya. Dan ada yanag mengatakan ”engkau tak bayar zakat ni..”. Alhamdulillah dengan adanya ujian seperti ini mengingatkan kita bahawa kita hidup di dunia ini adalah sebagai hamba Allah dan jangan lupa tanggungjawab kita, dan ingat bahawa dunia ini adalah sebagai tempat ujian bagi kita.

(45) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.

Dalam ayat ini pula Allah menyuruh orang-orang yang beriman agar menjadikan Sabar dan Solat sebagai penolong dalam mereka menghadapi urusan keduniaan mereka.

Baca lagi »

Nak Jadi Usahawan Berjaya? Fikirkan…

Posted in Tazkirah, motivasi on November 11, 2006 by Abu Ameer

Lama sungguh saya tak ’update’ blog ini. Sebelum raya sampailah hari ini baru ada kesempatan. Begitu banyak perkara yang berlaku selama saya meninggalkan ”sebentar” dunia internet biz ni. Kalau ditengok dalam in-box e-mail dah beratus-ratus yang kena baca. Dua tiga hari juga nak menghabiskannya. Buka blog smartusaha, dah bermacam-macam entry yang sudah en. Zul masukkan. Mesti kena baca semua, termasuk komennya. Buka forum macam-macam forum kat malaysia ni, dah macam-macam ada.

            Begitu cepat rasanya perkembangan dunia biz internet ini rupanya. Jadi bagi newbie yang nak berkecimpung dalam bidang ini, perlu menguatkan semangat dan azam dan kena komited dengan usaha tersebut, jangan terlalu banyak alasan tiada idea, tiada mood dan takde masa diberikan, kerana ia akan menjadikan kita ketinggalan. Untuk terlibat dan berjaya dalam perniagaan internet ini satu kekuatan yang luar biasa perlu dicari dan dipupuk, barulah boleh menjadi seorang net-prenuer yang berjaya. Tetapi kalau hanya ingin terlibat dan mengharapkan kejayaan datang bergolek seseorang itu tidak akan berjaya. Seperti yang berlaku kepada saya sekarang…. Apapun semangat yang hilang telah kembali pulih.. I’m Alive.. Syukur kepada Allah.

Nak apply akaun adsense

Posted in motivasi on September 5, 2006 by Abu Ameer

masuk hari ini dah 5 hari saya menunggu keputusan permohonan akaun adsense. Payah juga rupanya. First time baca ebook raja adsense yang free tu terasa teruja bebeno. terus apply. benarlah kata orang (tak ingat dah baca kat mana) nak mula dapt tu memang payah, banyak yang perlu diperbetulkan dalam site english tu. Kalau duplicate orang punya pun tak boleh bulat-bulat. macam-macam la.
Apapun saya akan menunggu lagi 2-3 hari, kalau tak respon juga maknanya saya punya permohonan tu salah le atau website tak sedap pada pandangan google. Bagi yang baru2 macam saya ni, kenalah banyak bersabar, mungkin belum rezeki dan teruskanlah usaha anda.

Salam Perkenalan kepada semua internet marketer

Posted in motivasi on Ogos 31, 2006 by Abu Ameer

Ini adalah post pertama saya dalam dunia bisnes internet. Tak tahu nak mula di mana.Apa nak buat? Nak jual apa?. suatu hari saya terjumpa laman kelolaan senior ketika belajar di universiti.Wahh.. pandainya dia. Dah jadi millionare marketer agaknya. Terus timbul satu minat untuk cuba menceburi bidang ini dengan lebih mendalam. Akhirnya adsense, affiliate,blog, wordpress menjadi titik permulaan bisnes saya. Nampak macam budak baru masuk tadika aje.
Apapun kepuasan dapat menjalankan bisnes yang amat mudah untuk dibuat ini telah menjadikan  saya bersemangat. Maka saya pun berceritalah kepada beberapa orang rakan sekerja.. tup tup dia bagi pinjam manual nak buat adsense. Apa lagi makin bersemangat le.Setakat ni saya dah ada dan sedang merancang beberapa blog, tapi belum pandai dan terer lagi berbanding dengan rakan-rakan internet marketer di malaysia ni. Kepada yang baru nak mula, jangan takut. buat aje. InsyaAllah.. keyakinan akan tiba.