Arkib untuk Kategori Google sitemap

How To Bring Traffic To Your Adsense Site

Posted in AdSense, Adsense traffic, Google sitemap on September 12, 2006 by Abu Ameer

Hmm.. dah lama rasanya tak on-line. Dua tiga hari ni sibuk dengan kerja sekolah, nak kena siap cepat. Lepas tu, isteri saya pula sibuk dengan majlis konvonya. Hari ni barulah lapang sikit nak menulis.
Kalau tengok tajuk macam gempak aje. Tak pe la. At Least ada la juga bahasa Inggerisnya. Hari ni nak cerita sikit tentang TRAFFIC. Apa dia trafik tu?Ha.. Kalau mahu laman web anda berjaya, kita kenalah menjadikan trafik untuk laman web kita tu sibuk-atau senang cerita ia dilawat orang. Kalau kita buat laman web cantik-cantik, berinformasi dan penuh dengan iklan adsense tapi tak ada orang tahu yang kita ni wujud, maka sia-sia aje la kerja kita. Jadi kita kenalah buat sesuatu untuk menarik trafik ke laman web kita. Macamana?
Saya nak cerita pengalaman saya sebagai budak baru belajar ni. Baru-baru ini saya ada baca artikel daripada Joel Comm cara nak bawa traffic ke website kita, salah satu daripadanya, yang asas ialah dengan menghantar/mendaftar alamat web anda ke enjin carian utama seperti Google, Yahoo, MSN dan macam-macam lagi. Jadi saya telah pun menghantar Url saya ke Yahoo dan MSN. Setelah dua minggu saya dapati laman web saya masih belum tersenarai. Kecewa jugak, tapi setelah membaca pengalaman-pengalaman internet marketer yang lain, ini adalah perkara biasa. Jadi, dua hari lepas saya telah cuba menggunakan kemudahanSitemap Google untuk mendaftar ke enjin carian Google pula. Sitemap ni adalah satu servis yang baru je dilancarkan oleh google. Dengan servis sitemap ini usaha anda untuk tersenarai dalam enjin carian google- untuk membawa trafik ke laman web anda- adalah teramat mudah. Percaya atau tidak selepas saya mendaftar menggunakan kemudahan ini, keesokan harinya saya dapati laman web saya beautifulvacation dah tersenarai pada tangga no 6!!!. – nak tengok?- Bagus juga kemudahan sitemap ni.
Walau apapun saya rasa mende ni biasa aja bagi orang2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni, sebab keyword yang saya gunakan beautiful vacation tu, mungkin tak ramai orang guna, sebab tu senang dapat tempat tu kot..Apapun saya rasa amat puas hati. Untuk ketika ini saya dah berjaya!! Kalau ada orang orang buat carian beautiful vacation, maka laman saya akan berada di tangga ke 6. Kira okey la. Baiklah, kepada newbie semoga perkongsian saya ni berguna untuk semua.