Hmm.. dah lama rasanya tak on-line. Dua tiga hari ni sibuk dengan kerja sekolah, nak kena siap cepat. Lepas tu, isteri saya pula sibuk dengan majlis konvonya. Hari ni barulah lapang sikit nak menulis.
Kalau tengok tajuk macam gempak aje. Tak pe la. At Least ada la juga bahasa Inggerisnya. Hari ni nak cerita sikit tentang TRAFFIC. Apa dia trafik tu?Ha.. Kalau mahu laman web anda berjaya, kita kenalah menjadikan trafik untuk laman web kita tu sibuk-atau senang cerita ia dilawat orang. Kalau kita buat laman web cantik-cantik, berinformasi dan penuh dengan iklan adsense tapi tak ada orang tahu yang kita ni wujud, maka sia-sia aje la kerja kita. Jadi kita kenalah buat sesuatu untuk menarik trafik ke laman web kita. Macamana?
Saya nak cerita pengalaman saya sebagai budak baru belajar ni. Baru-baru ini saya ada baca artikel daripada Joel Comm cara nak bawa traffic ke website kita, salah satu daripadanya, yang asas ialah dengan menghantar/mendaftar alamat web anda ke enjin carian utama seperti Google, Yahoo, MSN dan macam-macam lagi. Jadi saya telah pun menghantar Url saya ke Yahoo dan MSN. Setelah dua minggu saya dapati laman web saya masih belum tersenarai. Kecewa jugak, tapi setelah membaca pengalaman-pengalaman internet marketer yang lain, ini adalah perkara biasa. Jadi, dua hari lepas saya telah cuba menggunakan kemudahanSitemap Google untuk mendaftar ke enjin carian Google pula. Sitemap ni adalah satu servis yang baru je dilancarkan oleh google. Dengan servis sitemap ini usaha anda untuk tersenarai dalam enjin carian google- untuk membawa trafik ke laman web anda- adalah teramat mudah. Percaya atau tidak selepas saya mendaftar menggunakan kemudahan ini, keesokan harinya saya dapati laman web saya beautifulvacation dah tersenarai pada tangga no 6!!!. – nak tengok?- Bagus juga kemudahan sitemap ni.
Walau apapun saya rasa mende ni biasa aja bagi orang2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni, sebab keyword yang saya gunakan beautiful vacation tu, mungkin tak ramai orang guna, sebab tu senang dapat tempat tu kot..Apapun saya rasa amat puas hati. Untuk ketika ini saya dah berjaya!! Kalau ada orang orang buat carian beautiful vacation, maka laman saya akan berada di tangga ke 6. Kira okey la. Baiklah, kepada newbie semoga perkongsian saya ni berguna untuk semua.
Arkib untuk Kategori AdSense
How To Bring Traffic To Your Adsense Site
Posted in AdSense, Adsense traffic, Google sitemap on September 12, 2006 by Abu AmeerAlhamdulillah
Posted in AdSense, beautiful vacation on September 7, 2006 by Abu AmeerBetapa saya bersyukur kepada Allah kerana, 24 jam yang lepas apabila saya buka e-mail saya, saya dapat satu mail dari google… dan katanya…Congratulation, permohonan anda untuk akaun adsense telah diterima… Senyum saya sampai ke telinga. Hmm begitulah manusia.
kalau anda selalu melayari laman web internet marketer dari Malaysia sebenarnya adsense ni adalah satu perkara yang biasa saja. Buat tak mengapa tak buat pun tak mengapa. Kalau hukum fiqh tu kita kata HARUS. Tapi peluang yang ada di depan mata, memberi faedah dan percuma ini tak seharusnya kita lepaskan.Cuba tengok Joel Comm misalnya, pendapatan adsense dia mencecah beribu USD untuk sehari. Itu baru sehari belum lagi sebulan?setahun? Maknanya bagi saya, penerimaan pemohonan untuk akaun adsense ni amat bermakna bagi saya. Lama juga menunggu, 4 hari la juga. So laman web saya yang pertama di ‘implement’ kan kod adsense tu ialah Beautiful and Fascinating Malaysia. Memang nama ni takde agaknya dalam enjin carian yang tersohor kerana saya masih mentah dalam teknik nak mencari traffic ke laman web saya ni. Apapun saya masih dalam proses untuk memperbaikinya. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu dipelajari.
Sekiranya anda berminat untuk mendaftar(memohon) akaun adsense google ni bolehlah pergi ke Laman Web beautiful vacation saya (Beautiful and Fascinating Malaysia) dan cari iklan Google Adsense dan klik atasnya
Nak Tahu Lanjut Tentang Adsense Google?
Posted in AdSense, Raja Adsense on September 5, 2006 by Abu AmeerBagi yang baru nak belajar, Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan dari pengiklanan di Google.Google tu adalah enjin carian no 1 dunia. Kalau tak tahu saya tak tahulah-saya pun baru aje tahu. Di Malaysia ni ada seorang yang boleh kata pakar dalam adsense ni. Walaupun sebenarnya ramai lagi tapi yang seorang ni, saya memang selalu pi website dia, so saya bagi dia title pakar la.Beliau dikenali sebagai Rajaadsense. Beliau mengendalikan Laman melayu yang mantap mengenai adsense…
jadi mengikut pemahaman saya adsense ni lebih kurang kita mengiklankan laman web org lain dalam kita punya web, apabila ada orang yang masuk web kita dan klik pada iklan untuk laman web orang lain tu, kita akan dapat duit.Lebih kurang gitulah, saya pun nak terang tak berapa pandai.Maklumlah baru aje belajar2 menulis.
maknanya wahai hadirin sekelian kita boleh berniaga ka sini dan semuanya percuma, berniaga apa pulak? berniaga papan iklanlah-lebih kurang..
Jadi untuk lebih jelas tentang adsense google ni saya syorkan anda belilah buku Panduan adsense Google yang Rajaadsense dah buat untuk orang malaysia, dalam bahasa melayu.
Ingat! jangan lepaskan peluang perniagaan tanpa MODAL ni.
Belilah Panduan Raja Adsense. Saya menegaskan di sini e-book ini memang sangat bagus untuk orang macam saya ni. Baru masuk tadika. Kalau anda rasa anda macam saya ni.Anda boleh membeli Panduan Raja Adsense di sini PANDUAN RAJAADSENSE







