The “come back”
![]()
Salam sejahtera kepada pengunjung laman ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi genap setahun saya tidak meng-update blog ni. Sebelum tempohnya mencapai setahun . Hari ini saya akan membuka lembaran baru Bagi ‘Blog Mari Belajar Bisnes “on-Line” ini. Walaupun tajuknya begitu, sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar tentang itu. Terlalu ramai sifu yang berada di alam cyber ini yang jauh lebih berilmu dari saya. Sebenarnya blog ini menceritakan serba-sedikit perjalanan saya mencipta blog ini daripada A sampailah sekarang. Sekiranya ada di antara anda yang dapat memanfaatkan cerita saya ini pun sudah cukup memuaskan hati saya.
Post yang terakhir pada 30 November 2006 ialah Balik kampung. Rasanya sudah terlalu lama balik kampung. Hari ni saya dah ada kat rumah. Dan rumah dah renovate sikit bagi cat gelap. Jemputlah datang ke rumah!