Arkib untuk November, 2007

Apa Itu “Affiliate” ?

Posted in e-book dengan label on November 8, 2007 by Abu Ameer

Affiliate merupakan satu kaedah perniagaan yang berteraskan perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh pemilik sesebuah laman web perniagaan sekiranya anda berjaya membuat jualan bagi produk yang mereka jual.

Program affiliate ini merupakan salah satu punca pendapatan internet yang tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja kalau kita nak menjadi usahawan internet. Dengan kata lain, anda hanya perlu mempromosi produk orang dan menerima komisyen daripada promosi yang membawa kepada penjualan produk.

Kebanyakan usahawan internet yang berjaya mengakui dan bersetuju bahawa affiliate merupakan perniagaan yang paling mudah, berkesan dan menguntungkan .

Tahukah saudara dan saudari semua, terdapat satu rahsia paling mudah yang mampu membimbing anda langkah demi langkah menjadi seorang Affiliate Marketer yang berjaya? Aaapakah rahsianya? kalau nak tahu cuba tanya saudara Syed Hafidz kerana dia mempunyai rahsia dan teknik yang betul untuk menjadikan anda seorang raja affiliate yang berjayaa. JOM TENGOK.

 

The “come back”

Posted in motivasi dengan label on November 8, 2007 by Abu Ameer

bulansabit.jpg

    Salam sejahtera kepada pengunjung laman ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi genap setahun saya tidak meng-update blog ni. Sebelum tempohnya mencapai setahun . Hari ini saya akan membuka lembaran baru Bagi ‘Blog Mari Belajar Bisnes “on-Line” ini. Walaupun tajuknya begitu, sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar tentang itu. Terlalu ramai sifu yang berada di alam cyber ini yang jauh lebih berilmu dari saya. Sebenarnya blog ini menceritakan serba-sedikit perjalanan saya mencipta blog ini daripada A sampailah sekarang. Sekiranya ada di antara anda yang dapat memanfaatkan cerita saya ini pun sudah cukup memuaskan hati saya.

    Post yang terakhir pada 30 November 2006 ialah Balik kampung. Rasanya sudah terlalu lama balik kampung. Hari ni saya dah ada kat rumah. Dan rumah dah renovate sikit bagi cat gelap. Jemputlah datang ke rumah!