Arkib untuk November, 2006

Balik Kampung

Posted in beautiful vacation on November 30, 2006 by Abu Ameer

Sekarang ni saya berada di kampong di Selinsing. Pemandangan di waktu pagi yang begini amat menyegarkan minda.

sel

Baru-baru ini sibuk dengan persiapan majlis kenduri sambut menantu – abang ipar. Beberapa hari lepas menyiapkan mengecat bakul cenderahati untuk majlis.

baul

Cantik tak? Agak-agaknya kalau buat bisnes jual bakul ni ada orang nak tempah tak? Orang kata kalau yang besar tu orang dekat sini tempah sampai RM 70. Mmmm lumayan jugak.

MLM Recruit System Secret Revealed in Malaysia

Posted in e-book, model perniagaan on November 16, 2006 by Abu Ameer

 

Rahsia Sistem Merekrut MLM
akan menemui Anda Pada

Hari Selasa, 21 November 2006,
Jam 8:00 Pagi.

 

 

Saja nak buat tajuk omputih, betul entah tidak, tak tahu. Yang penting pada tarikh di atas saudara Zamri Nanyan salah seorang IM terkenal kat Malaysia ni akan melancarkan e-book terbarunya ”Rahsia Sistem Merekrut MLM ”. Bab pertama ebook ini dan mukasurat isi kandungannya adalah diberikan secara PERCUMA di laman ini. Cuma masukkan nama dan e-mel anda. Dan untuk mendapatkan harga promosi untuk ”full version” e-book tersebut jangan lupa buat reminder dalam handphone anda sekarang pada tarikh dan masa yang telah dijanjikan…dan beli jangan tak beli.

P:S : melihatkan isi kandungannya, saya pun rasa teruja jugak nak membelinya, jangan terlepas peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliknya.

 

 

Sabar..Grateful is everything

Posted in Tazkirah, motivasi on November 15, 2006 by Abu Ameer

Baru-baru ini, saya kehilangan satu barang yang penting bagi saya. Mulanya hati berasa resah gelisah…. memikirkan siapa yang ambil? Macamana nak buat kerja? Macammana boleh cuai sangat ni? Dan bermacam-macam persoalan yang timbul… Barang tersebut adalah sebuah kamera digital yang saya dan keluarga gunakan untuk merakam peristiwa-peristiwa yang penting, kenangan keluarga, percutian, bisnes dan lain-lain. Dengan kamera inilah saya merakamkan gambar-gambar untuk dijelmakan di dalam blog saya beautiful vacation dan yang lain(akan datang). Nampaknya selepas ini susah la ’sikit’ nak buat kerja.

Tetapi Alhamdulillah setelah difikir-fikir, bertenang dan muhasabah. Saya redha dan beringat, mungkin ini adalah ujian Allah kepada saya. Harta yang kita perolehi ini bukan milik mutlak kita tetapi kita diberi nikmat harta itu sebagai satu amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Mungkin dengan hilangnya harta itu adalah baik bagi ita daripada memilikinya. Dan ada yanag mengatakan ”engkau tak bayar zakat ni..”. Alhamdulillah dengan adanya ujian seperti ini mengingatkan kita bahawa kita hidup di dunia ini adalah sebagai hamba Allah dan jangan lupa tanggungjawab kita, dan ingat bahawa dunia ini adalah sebagai tempat ujian bagi kita.

(45) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.

Dalam ayat ini pula Allah menyuruh orang-orang yang beriman agar menjadikan Sabar dan Solat sebagai penolong dalam mereka menghadapi urusan keduniaan mereka.

Baca lagi »

“The Death of Internet Marketing” Find out now

Posted in Free report on November 13, 2006 by Abu Ameer

I just got an email about Mike Filsaime’s Free Report called – “The Death of Internet Marketing”

I will admit, like you may be feeling now, that I thought it was some hyped up offer to get me to join for free and get some offer…

…Turns out I was wrong. Way wrong.

The bottom line is, this report really opened my eyes to what really is the death of Internet marketing. The good news is, the report also
shows you what you need to know to succeed in the near future.

The times are changing and I it would be a shame for anyone to not read this report and fail like many will.

I read it, and I wanted to share it with you ASAP.

I recommend you take a break from what ever it is you are doing if you can and get access to this report now.

Consider your future success by going here now…

The Death Of Internet Marketing

PS – Mike says it will only be available for a few
weeks at most so do not delay…

Nak Jadi Usahawan Berjaya? Fikirkan…

Posted in Tazkirah, motivasi on November 11, 2006 by Abu Ameer

Lama sungguh saya tak ’update’ blog ini. Sebelum raya sampailah hari ini baru ada kesempatan. Begitu banyak perkara yang berlaku selama saya meninggalkan ”sebentar” dunia internet biz ni. Kalau ditengok dalam in-box e-mail dah beratus-ratus yang kena baca. Dua tiga hari juga nak menghabiskannya. Buka blog smartusaha, dah bermacam-macam entry yang sudah en. Zul masukkan. Mesti kena baca semua, termasuk komennya. Buka forum macam-macam forum kat malaysia ni, dah macam-macam ada.

            Begitu cepat rasanya perkembangan dunia biz internet ini rupanya. Jadi bagi newbie yang nak berkecimpung dalam bidang ini, perlu menguatkan semangat dan azam dan kena komited dengan usaha tersebut, jangan terlalu banyak alasan tiada idea, tiada mood dan takde masa diberikan, kerana ia akan menjadikan kita ketinggalan. Untuk terlibat dan berjaya dalam perniagaan internet ini satu kekuatan yang luar biasa perlu dicari dan dipupuk, barulah boleh menjadi seorang net-prenuer yang berjaya. Tetapi kalau hanya ingin terlibat dan mengharapkan kejayaan datang bergolek seseorang itu tidak akan berjaya. Seperti yang berlaku kepada saya sekarang…. Apapun semangat yang hilang telah kembali pulih.. I’m Alive.. Syukur kepada Allah.