E-book Percuma untuk ‘Orang Baru’
Salam Ramadan buat semua!
Dah lama tak update blog ni. Sibuk dengan bermacam-macam komitmen, tak sempat nak menulis. Idea banyak, tapi asyik tangguh-tangguh akhirnya tak buat. Hari ni barulah free sikit.Sebagai orang baru saya sentiasa mencari bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran dan kemampuan orang-orang baru. Dalam konteks berdakwah pun kita kena ikut tahap orang yang nak kita dakwahkan itu.
Semalam saya terjumpa satu laman web e-book berkaitan dengan model bisnes internet dan ia adalah sesuatu yang menarik bagi orang baru macam saya ni. Ilmu kena sentiasa tingatkan barulah boleh berjaya. Setelah disiasat rupanya model ini ditulis oleh Saudara Tazilan. Nama ni dah lama saya kenal sebab namanya ada dalam web rahsia internet Irfan Khairi sebagai commentor dan dia juga ada menerbitkan e-book bertajuk idea bisnes luarbiasa .
Bagi saya ni adalah satu e-book yang cukup baik untuk mereka yang baru nak mengenali cara-cara nak menjalankan bisnes di internet. Berkenan sungguh saya walaupun belum download lagi sepenuhnya, sebab di dalam web model bisnes internet ini, sdr. Tazilan memberikan anda secara percuma 1 daripada 10 model yang terdapat dalam e-book tersebut. Menarik juga!Maaf kepada semua sebab tajuk saya tadi e-book percuma, tapi sebenarnya sebahagian dari isi e-book tu kita boleh dapat percuma. Saya sudah memuat turun model 1 tersebut dan ternyata review dan maklumat tentang model ‘Mini Sites’ yang diberikan amat bermakna bagi orang baru seperti saya ni.Cadangnya nak download kesemua model ni buat rujukan.Tapi belum download lagi. Adalah problem sikit. Setakat ni harganya RM 20 sahaja, tak tahulah nanti, mungkin naik pula.Kalau saya dah download nanti bolehlah cerita lagi tentang e-book ni. Kalau berminat nak download percuma model pertama boleh klik di sini. Selamat mencuba.
September 30, 2006 pada 10:33 pm
Idea banyak ek? Bagi le skit kat sy ni sket. Takde idea le… ;P